Friday, March 9, 2007

artikel yang berkaitan dengan remaja kini


Tuesday, November 14, 2006
Sebab masalah sosial remaja berleluasa
Sebab masalah
sosial remaja berleluasa
HEADING CADANGAN: JATI DIRI REMAJA KITA TELAH MATI


KEHIDUPAN remaja hari ini penuh dengan pelbagai
permasalahan sosial yang bukan sahaja merunsingkan ibu
bapa tetapi juga pemimpin negara. Banyak cara dan
kaedah telah digunakan untuk menarik mereka ini ke
arah kebaikan untuk menjadi insan berguna namun jalan
yang salah dan hitam juga mereka pilih. Kes rogol,
ragut, penyalahgunaan dadah, berpeleseran di
pusat-pusat beli belah, lumba motor haram dan terbaru
kes Black Metal yang mana semua ini semakin berleluasa
dari sehari ke sehari. Mereka seolah suka membuat
sesuatu yang negatif yang mendatangkan kemudharatan
bukan sahaja kepada diri sendiri tetapi juga kepada
orang lain. Apa punca dan kenapa? Untuk itu SIASAH
melalui wartawannya Kalsum Hj Ahmad telah menemui
Saudara Mohd Ridhuan Tee Abdullah, seorang pendakwah
bebas merangkap Pengarah Eurobest Holding Sdn Bhd.
Banyak huraian dan penjelasan yang diungkaikan
berkaitan dengan permasalahan remaja hari ini. Ikuti
penjelasannya di bawah.

SIASAH: Pada pandangan Saudara Mohd Ridhuan mengapa
dan kenapa para remaja kita mudah terjebak dengan
perkara-perkara negatif yang bukan sahaja boleh
merosakkan diri mereka tetapi juga agama, bangsa dan
negara?
Ridhuan Tee- Melalui kajian yang dibuat, apa yang
berlaku ke atas remaja-remaja kita hari ini kerana
mereka tidak memiliki hala tuju diri atau matlamat hidup. Mereka
tercari-cari identiti yang mana satu hala yang hendak
diikuti.Mereka tiada matlamat yang hendak dicapai.
Nilai-nilai pegangan asas iaitu agama (kalau ianya
Melayu- Islam) sudah tidak lagi sebati dalam hidup
mereka. Mereka sedang mencari sesuatu. Dalam pencarian
itu, yang tidak baik itulah yang menjadi pilihan mereka. Dengan sebab itu kita lihat bermacam-macam perkara yang merosakkan berlaku. Ada yang terjebak dengan Black Metal, seks bebas, penyalahgunaan dadah, rogol
dan sebagainya.

Apa yang menyedihkan kebanyakannya berlaku kepada
mereka dalam usia remaja yang gagal peperiksaan (SPM). Gagal SPM tidak beerti gagal dalam hidup. Masih banyak peluang yang menanti. Pokoknya, jangan mudah putus asa.

Bagi pelajar yang masih bersekolah, menurut kajian yang dibuat juga 80% daripada pelajar-pelajar di sekolah menengah tidak mendirikan
solat.Kalaulah kajian ini benar, sudah tentu, harapan pemimpin kita untukmelihat Wawasan 2020 tercapai masih samar. Oleh itu
sebelum keadaan lebih teruk lagi berlaku kerajaan kena
pantau atau mengambil tindakan yang bersesuaian dengan
permasalahan ini. Kalau tidak negara kita nanti akan menghadapi krisis identiti. Ini kerana sesebuah Negara dikenali kerana identitinya.

Berbanding negara-negara lain contohnya negara Vietnam,
Thailand, Filipina, Jepun masing-masing tebal dan
bangga dengan budaya dan cara hidup mereka. Sepatutnya
remaja Melayu mesti bangga dan berbesar hati dengan
identiti orang Melayu. Tetapi itu tidak kelihatan.
Mereka dengan mudah mengambil pengaruh dari barat
sedangkan mereka tahu pengaruh dari Barat itu tidak elok
tetapi 'kita' sengaja membiarkan perkara ini berlaku.
Cuba lihat televisyen kebanyakan programnya berbentuk hiburan (kebaratan), filem-filem barat, sudahlah ekonomi dikuasai oleh barat.
Saya sedih orang kita khususnya remaja terlalu mudah
menerima pengaruh dari luar. Mana jati diri sebagai
remaja Melayu, Cina atau India? Saya juga berasa pelik
mengapa pengaruh dari luar ini diterima begitu pantas,
cepat dan diterima secara bulat-bulat. Apakah kita kekurangan budaya dan jati diri sehingga terpakso cedok orang lain punya.

Misalnya muzik. Boleh dikatakan 98% remaja dan anak
muda kita menyukai dan meminati muzik rentak barat. Apa
istimewanya RAP, Heavy Metal, Hip Hop, RnB, kalau
dibandingkan dengan lagu asli seperti Inang, Zapin,
Joget, Keroncong yang sudah menjadi identiti kita. Ia
bukan sahaja lembut tetapi begitu syahdu dan
mengasyikkan bila didengar. Kenapa lagu-lagu seperti
itu tidak mahu ditonjolkan. Kenapa kita perlu cedok
budaya orang lain sedangkan kita ada budaya akita
sendiri. Sepatutnya bila pelancong-pelancong datang,
kita kena tunjukkan budaya dan identiti kita sendiri
yang penuh kesopanan, nilai-nilai kelembutan. Di
situlah kekuatan kita seperti apa yang dilakukan oleh
negara China, Jepun, Thailand, Vietnam dan sebagainya.
Mereka tetap mengutamakan ciri-ciri seni budaya yang
diguna pakai sejak zaman dulu. Bukan berbangga dengan budaya dan cara hidup barat.

Contoh, Kerajaan Melaka 600 tahun, sebuah kerajaan yang
hebat, terkenal di seluruh dunia. Kerajaan Melaka terkenal kerana Bangkit kerana pengaruh Islam yang menunjangi kekuatan budayanya. Dunia tidak kenal kerajaan Melaka sebelum kerajaan Melaka menerima Islam. Tetapi bilamana kerajaan Melaka menerima Islam, secara otomatik, kerajaan Melaka terangkat. Inilah kekuatan Islam. Tetapi hari
ini kita sedih kerana generasi kita lupa kepada
sejarah. Kita ambil budaya dari luar. Inilah kegagalan
kita dalam memahami sejarah peradaban bangsa di dunia. Di Negara lain, sejarah tetap diingat sampai bila-bila dan cuba diulangi kegemilangannya.

Untuk menuju ke arah itu kita perlu ada persediaan
yang rapi terutama mengenai kekuatan jati diri yang acuannya
mestilah mengikut bangsa kita sendiri.

Untuk itu kita perlu ada lima asas penting yang
menjadi tonggak dalam membentuk jati diri.

Pertama -Pegangan iaitu agama.
Agama hendaklah menjadi pegangan dan asas dalam kehidupan kerana agamalah yang memartabatkan kehidupan dan tamadun manusia. Tanpa agama, manusia akan terumbang ambing tanpa haluan dituju. Justeru, dengan asas yang kukuh ini, para remaja boleh membawa diri ke mana jua mereka pergi. Bagi orang Melayu Islam. Bila kita ada pegangan, kita akan redha setiap apa yang diberikan oleh Allah sama ada ketentuan baik atau buruk
Kita tidak akan keluh kesah atau kesal di atas apa yang
berlaku. Tetapi kalaulah sebaliknya, sudah pastilah
kita akan mencari jalan mudah atau jalan yang tidak
baik. Contohnya gagal dalam peperiksaan, cara mudah
mengatasinya hisap dadah, berpoya-poya dan sebagainya.
Kerana itu kita perlu ada pegangan.

Kedua- Perjuangan- merdeka diri dari jiwa hamba, hamba kepada anasir yang merosakkan (pengaruh barat). Remaja mesti berjuang memerdekakan jiwa hamba, maksud saya hamba kepada kepada perkara negatif dan pengaruh barat yang amat mudah meresap dalam jiwa mereka. Jadi remaja Islam yang berjiwa merdeka, bebas dari sebarang kemungkaran dan kejahatan. Kita tidak
akan sesekali mudah menerima perkara-perkara yang
bertentangan dengan cara hidup, budaya kita.

Ketiga- Hubungan- yang sering dikaitkan dengan bahasa.
Hubungan manusia diperindahkan lagi melalui bahasa. Bahasa adalah alat untuk berinteraksi dan berdakwah. Bahasa lambang jati diri setiap bangsa. Bangsa sendiri hendaklah pertahankan agar ia tidak lenyap ditelan zaman.

Kita mesti mengagongkan bahasa kita. Orang Melayu
bahasanya Bahasa Melayu. Sementara tulisannya adalah
tulisan Jawi. Tetapi apa yang berlaku sekarang,
tulisan jawi kita telah kuburkan dan bahasa kita
sedang menuju ke arah kehancuran. Kalau begitu di mana
bahasa kita yang melambangkan sebagai alat penghubung
kita sebagai bangsa Melayu dan juga sebagai alat
perpaduan. Kalau kita tidak mempertahankan dan
memperbaiki apa yang berlaku, acuan yang telah sedia
ada dalam jati diri atau identiti remaja terbantut.
Bahasa tidak akan jadi lagi sebagai lambang yang
menunjukkan sesuatu bangsa itu. Contohnya banyak
iklan-iklan yang kita lihat tidak melambangkan bahasa
dan budaya hidup kita. Bila remaja melihat semua ini,
dia keliru dan dia hanya mengambil mana yang dia rasa
sesuai dengan jiwanya.
Tetapi apa yang saya nampak sekarang DBP sedang
mengorak langkah yang cukup bijak agar bahasa dan
tulisan jawi dihidupkan semula.

Keempat- Hiasan- seni dan adab. Keindahan kehidupan manusia diserikan lagi dengan hiasan seni dan adab. Orang Melayu mempunyai seni dan adab yang amat baik dan lembut. Kehalusan seni termasuk hiburan adalah kekayaan Melayu Islam. Saya hairan kenapa kita berbangga menyanyikan lagu rentak barat seperti rock, heavy metal, rap, RNB, hip hop dan sebagainya. Tetapi kita tidak bangga menyanyikan lagu Melayu sering dikaitkan dengan seni dan
adab. Pada saya seni dan adab yang ada pada orang Melayu
cukup cantik dan halus kalau ianya dipamerkan.
Contohnya cara duduk, cara bergaul sesama mahram, cara
menghormati orang tua semua itu melambangkan peribadi
yang sopan dan halus. Hiasan hidup ini kalau
ditambahkan lagi dengan cara hidup Islam ianya akan menjadi
lebih indah. Kalau boleh kita tidak mahu semua benda
ini pupus.

Kelima- Susunan- dikaitkan dengan budaya.
Budaya Melayu sememangnya sesuatu yang indah.
Cara orang Melayu berpakaian, bercakap, bergaul dan
Sebagainya. Sekiranya digabungkan kelima-limanya sekali
akan terserlahlah keindahan, kecantikan pada orang
kita. Ini kerana semua perkara ini kurang ada pada
bangsa lain. Mereka sudah dipengaruhi oleh cara hidup orang
barat.

Apa yang saya lihat, para pemimpin yang ada sekarang
ini nampaknya sudah mulai sedar. Misalnya tulisan Jawi
cuba diselamatkan dengan menghidupkan semula
penggunaannya. Begitu juga dengan Bahasa Melayu,
dipertahankan kerana ianya tunjang dan menjadi bahasa
rasmi negara. Kesedaran pada kerajaan juga sudah mulai
ada. Mereka nampaknya cuba mendaulatkan semula tulisan
jawi yang menjadi sendi kepada kedaulatan negara.
Dalam hal ini kesemua perkara yang menjadi sendi
kepada kedaulatan negara itu perlu ditegakkan dan
didaulatkan agar ianya menjadi ikutan kepada remaja.
Misalnya dalam kursus-kursus bina semangat yang mana
ianya dihadiri oleh para remaja.

Kedua- kecantikan, kehalusan dan kelembutan agama
Islam itu sendiri mereka tidak praktikkan. Mereka tahu
perlunya agama dan setiap apa yang disuruh oleh agama
itu perlu dilakukan tetapi mereka tidak mahu ikut.
Contohnya orang perempuan wajib pakai tudung bagi
menutup aurat. Kenapa mesti ada alasan kalau dah
berkahwin nanti baru nak pakai tudung, kenapa tidak
sekarang sedangkan dia tahu benda tu wajib. Kalau
tidak tahu kenapa dia bercakap nanti lepas berkahwin.
Ini menandakan dia tahu tetapi sengaja buat-buat tak
tahu. Perkara seperti inilah yang saya katakan
pemahaman yang sesat lagi menyesatkan. Mereka telah
menyimpang dari arah asal kecualilah kalau mereka ini
jahil tentang agama. Dalam hal ini kita kena buat
kalau tidak buat itu bahaya.

Begitu juga orang kata nak 'enjoy' . Kalau ikutkan
boleh 'enjoy' 24 jam tetapi mengikut orang kita kalau
dikatakan 'enjoy' kena pergi berhibur di 'nite club',
panggung wayang, siber cafe dan sebagainya yang
membuatkan pergaulan bebas lelaki perempuan.
Sebenarnya 'enjoy' ni buat 'something' yang manusia
suka dan Tuhan suka yang tidak bertentangan dengan
fitrah manusia dan bercanggah dengan cara hidup kita.
Bukan seperti menyertai Black Metal, bercampur bebas
lelaki perempuan, mengamalkan seks bebas, pijak quran,
pakaian yang tidak melambangkan ciri-ciri budaya kita.
Apakah itu yang kita kehendaki.

Ketiga sikap tidak kisah ibu bapa, satu isu yang basi.
Sepatutnya sebagai ibu bapa kita perlu mengambil berat
akan kehidupan anak-anak. Bukan lepas tangan semata.
Dalam hal ini kita ambil contoh tentang jari kita yang
lima ini. Kenapa orang tua dulu-dulu menamakan jari
kita dengan nama jari kelingking/anak jari, jari manis, jari
hantu, jari telunjuk dan ibu jari. Sebenarnya ada
cerita disebaliknya. Jari kelingking atau anak jari
diumpamakan anak kita di peringkat umur bayi sehingga
10 tahun. Sebagai bayi dan kanak-kanak pada peringkat
ini, kita pkena bermain-main dengan mereka, ia perlu juga dibelai, dimanja dan diberi perhatian
yang khusus. Jari manis, peringkat anak di alam
remaja. Di peringkat ini anak-anak diumpamakan
berdarah manis. Ia perlukan pengawasan yang rapi dan
disiplin diri. Waktu ini anak gadis kita sering
diambil kesempatan oleh golongan tertentu. Misalnya, kes-kes cabul, rogol dan sebagainya. Mereka masih belum boleh diharap. Remaja lelaki pula kalau tidak dikawal boleh terjebak ke lembah masiat dan perkara-perkara yang tidak diingini. Justeru, ibubapa hendaklah mengambil berat dan memerhatikan pergerakan mereka. Selalu telefon di rumah, Tanya apa dia buat, dah sembahyang ke belum. Kalau tengok internet, apa yang dilayarinya.

2 comments:

generasi Muda said...

Pandangan saya....
Baru2 ni, ada join jemaah tabligh lapangkan masa 40 hari..
terjumpa di markasnya di Sri Petaling..
ramai remaja..
alhamdulillah!
saya pk, dah tentu hafiz2 ni..
tapi bile ditny, rupe2nye byk ksh htm dulu..
ade yg dadah, ganja, rempit, bunuh, rogol n mcm2..
dapat usaha dakwah then berubah jdik ustaz..
saya rasa jemaah tabligh adalah wadah terbaik bagi mereka yg mahu berubah...

Tina_Belinda said...

Kami judi online terpercaya dan terbesar di indonesia,kami selalu mengutamakan kenyaman pemain saat sedang bermain

Tersedia :
• Taruhan Bola | Sportsbook
• Casino Live | Baccarat | Sicbo-Samkuan (Dadu) | Dragon Tiger | Roullet | Blackjack | Niu-Niu
• Slot | Ding-Dong | Bingo | Jackpot
• Toto Draw
• Togel Online
• Dan Masih Banyak Permainan Taruhan Online Lengkap Lainnya…

Promo Bonus Credit !
• minimal deposit 25.000
*bonus referral 10% selamnya
*bonus rolingan 0.2 bonus rolingan


Menerima Transaksi Deposit & Withdraw via Linkaja | Ovo | Pulsa & Semua Jenis Rekening Bank Di Indonesia

Pendaftaran kunjungi dan klik link di bawah ini:

Bit.ly/10BHAJIK
Bit.ly/2Sbiik6